
Kediaman dicat putih mudahkan Dwi Khirma suai padan perabot
BILIK tidur dihiasDengan kediaman yang mempunyai ruang agak terhad, ia adalah satu cabaran kepada Dwi supaya hiasan dalaman ditampilkan sesuai dan harmoni serta tidak menghalang perkembangan kedua-dua anak lelakinya, berusia empat tahun dan
10 bulan itu.“Warna memainkan peranan penting dalam menaikkan seri sesebuah kediaman dan secara tidak langsung menyerlah senario kedamaian. Disebabkan saya sukakan gaya ringkas dan tenang, warna putih menjadi pilihan.
“Bagi menimbulkan keceriaan, saya hanya menggantikan aksesori hiasan seperti langsir, kusyen ataupun sarung sofa. Ia lebih mudah dan men
jimatkan berbanding menukar cat setiap kali mahukan kelainan,” katanya.Bagi Dwi, kombinasi langsir warna merah hati dan coklat cair yang digunakan untuk melengkapi tingkap rumahnya itu sebagai satu percubaan untuk menggabungkan warna garang dan lembut. Ternyata, ia berupaya mewujudkan keharmonian kediamannya.
Di ruang tamu, sudut hiasan yang diwujudkan ternyata mencuri perhatian tetamu, kerana pelbagai koleksi barangan hiasan yang dibeli ketika mengikut suami bertugas ke luar negara dan barangan hantaran ketika majlis perkahwinan mereka menghiasi sudut berkenaan.
“Saya sangat menghargai setiap perkara yang berlaku dalam hidup ini. Barang-barang ketika perkahwinan dulu memberi makna besar. Jadi, saya abadikan dalam almari ini supaya ia mengingatkan saya pada saat manis itu,” katanya.
Mengenai ruang santai keluarga yang dilengkapi televisyen dan set sofa, Dwi berkata, ruang tamu dan santai keluarga diwujudkan berasingan untuk memberikan keselesaan kepada tetamu memandangkan anaknya suka menonton televisyen.
"Kita sedia maklum, tetamu ialah individu yang wajib dihormati dan diberi layanan mesra. Bagi mendidik anak-anak memupuk amalan mulia itu, ruang sebegini diwujudkan supaya setiap tetamu selesa tanpa ada gangguan," katanya.
Bukan sekadar menghias ruang tamu dan ruang makan, kreativiti Dwi menghias sudut tangga menuju tingkat atas tidak kurang
hebatnya. Helaian kain bersulam indah yang tergantung pada dinding bersebelahan dan berhadapan tangga, membuatkan sudut itu tampak unik.Beliau berkata, kebanyakan perhiasan rumah dibeli dari negara Timur Tengah kerana suaminya bertugas di situ, secara tidak langsung dekorasi kediamannya terikut-ikut dengan gaya negara berkenaan yang tidak terlalu berserabut.
“Saya selalu mengikut suami bertugas. Kadang-kala sehingga dua bulan meninggalkan rumah. Jadi, disebabkan faktor itu, biarlah saya menghias rumah ini dengan seadanya. Paling penting, kediaman itu menjadi syurga bagi kami,”
Okey jer no hal
Hey, i save funny photos
here
Bite my shiny metal ass, assholes, you were joked!